Berita

Gunasekaran bimbang keselamatan kanak-kanak di Taman Merpati Sri Kamban

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren bimbang akan keselamatan kanak-kanak yang bermain di taman permainan Taman Merpati Sri Kamban.

Gunasekaren berkata, hal ini kerana kemudahan permainan yang terdapat di situ tidak diselenggara dengan baik.

“Hasil daripada tinjauan, buaian di situ sudah rosak dan dibiarkan begitu sahaja tanpa dibaiki tanpa dibaiki pihak bertanggungjawab.

“Apabila hujan, takungan air disini boleh mengganggu aktiviti kanak-kanak.

“Aduan telah dipanjangkan ke pihak Majlis Bandaraya Seremban bagi tindakan selanjutnya,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button