Berita

Bau busuk akan diatasi segera

SRI TANJUNG: Pencemaran bau busuk yang berlaku di Taman Ria akan diatasi segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB Dr.Rajasekaren berkata, bau tersebut berasal daripada loji kumbahan Indah Water Konsortium.

“Bau tersebut menyebabkan penduduk di situ merasa kurang selesa.

“Setelah disiasat, bau busuk itu adalah kerana proses pengepaman air kumbahan ke laluan proses dan menghasilkan wap wap air busuk.

“Pihak Indah Water Konsortium akan mengambil tindakan untuk menutup kawasan tersebut bagi mengawal penyebaran bau busuk ke kawasan berdekatan,” kata Rajasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button