Berita

PIBG SJKC Forest Height terima sumbangan RM3,000 daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM3,000 kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Forest Height.

Gunasekaren berkata, sumbangan tersebut bagi membantu mereka menjalankan aktiviti pelajar.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka untuk meningkatkan prestasi pelajar di sekolah ini,” kata Gunasekaren.

Sumbangan tersebut diserahkan di Pusat Khidmat DUN Seremban Jaya.

Show More

Related Articles

Back to top button