BeritaProgram

PKNNS didik peniaga kecil perkasa perniagaan

Inisiatif Tabung Usahawan Negeri Sembilan (TUNS) dan TUNS PLUS mendidik peniaga kecil dan usahawan kecil memperkasakan perniagaan mereka.

Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS), Puan Rusmimah Mat Derus berkata, TUNS dan TUNS PLUS mewajibkan pemohon mendaftar perniagaan mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Kebanyakkan peniaga kecil yang berniaga di tepi jalan tiada SSM. Ada pula usahawan kecil yang menjalankan perniagaan dari rumah.

“Apabila peniaga kecil dan usahawan kecil berdaftar dengan SSM, dia menjadi peniaga yang formal, berstruktur dan berdaftar.

“Selain itu pemohon TUNS dan TUNS PLUS yang berjaya perlu membuka akaun bank (current account) bagi urusan bayaran inisiatif,” kata Rusmimah.

Didik usahawan kecil menstruktur semula perniagaan

Rusmimah berkata, ini secara langsung mendidik peniaga kecil dan usahawan kecil menstruktur semula perniagaan mereka.

“Bila sudah ada SSM, peniaga kecil dan usahawan kecil boleh memasarkan produk mereka secara lebih meluas.

“Contohnya PKNNS membuka peluang kepada peniaga kecil dan usahawan kecil berniaga di NS Fest, tetapi mereka perlu mempunyai SSM.

“Tujuan kita meminta pemohon yang berjaya membuka ‘current account’ pula bagi mendidik mereka menguruskan akaun perniagaan secara sistematik dan profesional.

“Kalau tidak aliran tunai (cash flow) untuk tujuan perniagaan dan perbelanjaan peribadi akan campur aduk dan ini bukan sistem pengurusan kewangan yang efisyen,’ jelas Rusmimah.

Show More

Related Articles

Back to top button