Berita
PIBG SJKT Gemas terima RM500 daripada Aishah
GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM500 kepada Persatuan Ibu Bapa Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Gemas.
Siti Aishah berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak sekolah menjalankan aktiviti pelajar.
“Sumbangan telah diberikan kepada Naik Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamin Gemas, Encik M.Turaisingam.
“Semoga sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban pihak sekolah,” kata Siti Aishah.