Program Bantuan Harapan Negeri Sembilan: Jom Bantu Penjaja
GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti ‘Aishah Seman@Othman melancarkan ‘Program Bantuan Harapan Negeri Sembilan: Jom Bantu Penjaja’ bagi membantu golongan peniaga kecil yang terjejas pendapatan akibat Covid-19 di DUN Gemas.
“Saya telah membeli 50 pek nasi lemak kukus dan 40 pek bubur ayam dari dua buah gerai berhadapan Taman Gemas Jaya.
“Makanan tersebut telah diedarkan kepada orang ramai yang lalu berhampiran dua buah gerai tersebut.
“Program ini akan diteruskan di lokasi lain di DUN Gemas bagi membantu golongan peniaga kecil yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19,” jelas Siti Aishah.
Siti Aishah berkata, Program Bantuan Harapan Negeri Sembilan ini merupakan cetusan idea Ketua Cabang KeADILan Tampin, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.