Program Erat Perpaduan pupuk keharmonian rakyat Negeri Sembilan
REMBAU: Program Erat Perpaduan yang diadakan di setiap daerah Negeri Sembilan adalah bertujuan memupuk keharmonian serta perpaduan antara rakyat di negeri ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri sentiasa peka dan prihatin kepentingan hidup dalam keadaan harmoni terutamanya dalam suasana masyarakat berbilang kaum.
“Keharmonian yang dikecapi hari ini merupakan usaha gigih generasi terdahulu.
“Justeru itu, besarlah harapan saya agar setiap daripada kita dapat memainkan peranan dalam meneguhkan perpaduan yang tercipta buat generasi akan datang,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian di Program Erat Perpaduan Peringkat Daerah Rembau.
Turut hadir, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir; Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Veerapan Superamaniam dan Exco Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional, YB Choo Ken Hwa.
Foto: Nabil Syafiq