Berita

Projek bina jambatan ke kubur diberi keutamaan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan memberi keutamaan kepada projek pembinaan semula jambatan yang menghubungkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Rotan di Jelebu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri memandang serius masalah yang dihadapi penduduk di kampung berkenaan susulan kerosakan jambatan tersebut.

“Terdapat dua jambatan di kampung itu yang menghubungkan kawasan perkuburan dan kebun.

“Pembinaan jambatan pertama siap pada 26 September 2021 dengan kos RM80,000, tetapi mengalami hakisan teruk disebabkan banjir pada 19 Disember lalu.

“Pembinaan jambatan kedua bermula pada 1 November lalu dan dijangka siap pada 21 Januari ini, namun disebabkan banjir kerja-kerja pembinaan jambatan kedua terpaksa ditangguhkan.

“Saya sudah arahkan Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu supaya projek pembinaan jambatan ini diberi keutamaan untuk disiapkan segera,” katanya.

Aminuddin berkata demikian dalam Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri pada Rabu.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, terdapat dua tanah perkuburan Islam dalam jarak lingkungan 10 kilometer berhampiran Kampung Sungai Rotan.

Show More

Related Articles

Back to top button