Berita

Taman Eko Rimba Jeram Toi akan dibaik pulih, kos RM3 juta

SEREMBAN: Taman Eko Rimba Jeram Toi akan dibaik pulih mengikut fasa membabitkan peruntukan awal RM3,000,000.

Menteri Besar, Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kerja membaik pulih akan mengambil masa yang panjang kerana kawasan itu terjejas teruk akibat hujan lebat dan banjir bulan lepas.

“Hampir semua kemudahan di Taman Eko Rimba Jeram Toi telah musnah akibat banjir.

“Hanya tinggal batu-batu dan aliran anak sungai yang baharu.

“Kerajaan Negeri akan memajukan semula kawasan ini dengan lebih baik serta kekal sebagai tarikan pelancongan di negeri ini.

“Landskap akan disusun semula, bangunan akan diletakkan lebih teratur dan keindahannya dapat dijaga dengan lebih baik,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button