BeritaMenarik

Projek rintis Dasar Gaji Progresif telah bermula melibatkan 1,000 syarikat

Pelaksanaan Dasar Gaji Progresif telah bermula dengan projek rintis melibatkan 1,000 syarikat.

Ini adalah usaha kerajaan untuk memastikan gaji rakyat tinggi selari dengan peningkatan produktivit selain tumpuan untuk melonjakkan Malaysia ke status negara berpendapatan tinggi.

Bagi projek rintis ini, penyertaan dibuka kepada lima sektor iaitu sektor pembuatan, pembinaan, perdagangan borong dan runcit; pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal, maklumat dan komunikasi serta aktiviti profesional, saintifik dan teknikal.

Pemilihan syarikat bagi projek rintis ini akan melalui proses yang menekankan sokongan dasar, tahap keperluan sektor serta kesaksamaan.

Penilaian projek rintis akan dilaksanakan pada September 2024 untuk memastikan ketersediaan dasar sebelum Dasar Gaji Progresif secara menyeluruh dilaksanakan kepada semua majikan dan ekonomi.

Majikan boleh menuntut insentif tunai daripada kerajaan sekiranya memenuhi syarat kelayakan dengan pekerja bergaji antara RM1,500 dan RM4,999.

Syarikat yang terpilih akan menerima insentif berjumlah maksimum RM200 sebulan bagi setiap pekerja peringkat permulaan (entry level) dan maksimum RM300 sebulan bagi setiap pekerja bukan peringkat permulaan (non-entry level).

Setiap pekerja yang berdaftar di bawah Dasar Gaji Progresif perlu menjalani kursus/latihan peningkatan kemahiran sekurang-kurangnya selama tiga hari (21 jam).

Kepada majikan yang ingin mengetahui maklumat lanjut termasuk garis panduan penuh pelaksanaan dan latihan boleh didapati di laman web: https://gajiprogresif.gov.my/

Show More

Related Articles

Back to top button