Berita
RM30,000 untuk SMK Desa Cempaka daripada Cha
RASAH: Ahli Parlimen, Cha kee Chin telah memberikan sumbangan sebanyak RM30,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Cempaka.
Cha berkata, sumbangan ini bagi membantu pihak sekolah membeli 9 set projektor baru termasuk skrin dan pemasangan wayar.
“Bilik mana yang perlu dipasang projektor ini saya serahkan kepada pihak sekolah.
“Ini bagi memastikan sekolah yang mempunyai 1,800 pelajar dapat belajar dalam keadaan yang kondusif.
“Saya juga berharap agar SMK Desa Cempaka terus maju jaya,” kata Cha.