Berita

Jalaluddin serah Bantuan Anak Sekolah berjumlah RM38,000

PERTANG: Seramai 64 pelajar dari DUN Pertang menerima Bantuan Anak Sekolah (BAS) daripada ADUN Pertang, Jalaluddin Alias.

“Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan sudah berjanji untuk memberi bantuan kepada anak-anak sekolah dan hari ini kita tunaikan apa yang telah dijanjikan.

“Untuk merealisasikan aspirasi ini, saya telah menyerahkan Bantuan Anak Sekolah kepada 64 anak-anak kita dalam DUN Pertang.

“Ia melibatkan lapan buah sekolah kebangsaan dan jumlah peruntukan mencecah RM38,400.

“Impian Kerajaan Perpaduan tidak pernah lari daripada melihat pengupayaan kehidupan rakyat terus terbela dari semasa ke semasa,” ujar Jalaluddin.

Show More

Related Articles

Back to top button