Berita

Pertubuhan Bomba Sukarela Nilai adakan lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang

PULAU PINANG: Pertubuhan Bomba Sukarela Pantas Nilai telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Operasi Pasukan Bomba Sukarela Berapit, Bukit Mertajam untuk mendengar taklimat dan melihat kemudahan-kemudahan yang ada di Pusat Operasi tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J.Arul Kumar berkata, Pertubuhan Bomba Sukarela Pantas Nilai telah ditubuhkan dan dalam proses untuk menggerakkan aktiviti kecemasan jika berlaku kecemasan atau sebarang bencana di kawasan Nilai.

“Sebelum ini Skuad Pantas Nilai memang telah melaksanakan banyak bantuan kecemasan semasa berlaku sebarang bencana.

“Penubuhan Pertubuhan Bomba Sukarela ini akan membolehkan semua bantuan kecemasan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur.

“Pusat Operasi Pertubuhan Bomba Sukarela Berapit, Bukit Mertajam adalah penerima anugerah pengurusan Bomba Sukarela terbaik peringkat Kebangsaan bagi tahun 2023,” jelas Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button