BeritaMenarik

Loke mahu KLIA jadi hab kargo ASEAN

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook mahu menjadikan Lapangan Terbang KLIA sebagai satu hab kargo ASEAN.

“Baru-baru ini saya telah pergi ke Lapangan Terbang Zhengzhou, Wilayah Henan, China untuk terima kargo nangka hasil keluaran Malaysia dari Temerloh.

“Bertapak di bahagian tengah China, Lapangan Terbang Zhengzhou mempunyai kemudahan logistik dan rantaian sejuk yang sempurna di mana kargo boleh diterbang dalam dua jam yang merangkumi 92 peratus jumlah populasi China.

“Manakala Lapangan Terbang KLIA juga bertapak di pertengahan ASEAN dan mempunyai ramai bakat sektor penerbangan.

“Kita sedang bincang untuk adakan kerjasama dengan Lapangan Terbang Kargo Zhengzhou supaya kita juga menjadikan Lapangan Terbang KLIA sebagai satu hab kargo di rantau ASEAN,” jelas Loke yang juga Ahli Parlimen Seremban.

Menurut Loke lagi, kerjasama ini membuka pasaran yang luas untuk hasil-hasil keluaran Malaysia ke China.

Show More

Related Articles

Back to top button