BeritaMenarik

Propaganda Negeri Sembilan milik PN adalah usaha terdesak PAS

Propaganda PAS bahawa Negeri Sembilan bakal milik PN adalah usaha terakhir parti yang terdesak untuk meyakinkan penggundi.

Saya ingin tegaskan disini bahawa mimpi dan angan-angan adalah gratis dan hak semua insan, walaupun ianya satu khayalan untuk mengubat hati yang gundah gelana.

Persoalannya, adakah kehadiran penyokong yang ‘ramai’ di Bandar Senawang sudah cukup untuk PAS merumuskan kemenangan, tanpa dibantu oleh data dan statistik serta rumusan keberangkalian.

Diambil debat Rafizi dan Sharir sebagai contoh, kecetekkan ilmu dan fakta dan kajian hanya menyedarkan rakyat bahawa PAS tidak mempunyai kepimpinan yang wibawa untuk mengangkat semula darjat negeri mahu pun negara ke persada antarabangsa.

Saya amat yakin bahawa Kerajaan Perpaduan akan menerajui Kerajaan Negeri Sembilan semula atas sebab-sebab berikut:

1. DAP Negeri Sembilan bertanding 11 kerusi yang amat selamat. Kemenangan 11 kerusi terjamin.

2. Gabungan Perpaduan hanya memerlukan lagi lapan kerusi untuk memerintah semula, yang ditandingi oleh Keadilan – enam kerusi, UMNO – 16 dan Amanah dua kerusi. Lapan kerusi ini malah lebih lagi, mampu di sumbangkan PH/BN kerana kekuatan yang ada dalam gabungan perpaduan.

3. Pada hemat saya, PN gagal meletakkan ‘winnable candidate’ di kebanyakan kerusi.

Lebih mengelirukan bila kerusi di mana PPBM bolih memberi saingan kepada calun UMNO/PH namun telah di calon kan PAS untuk bertanding, dan begitulah juga di sebaliknya.

4. Geseran antara PPBM dan PAS masih berlanjutan dan akan menjadi penyebab pindah undi atau tidak keluar menggundi.

Abd Latif A Tambi
Ketua Penerangan
Majlis Pimpinan Negeri Pakatan Harapan Negeri Sembilan
11 Ogos 2023

Show More

Related Articles

Back to top button