BeritaMenarik

Norwani tawar tiga inisiatif kepada pengundi DUN Paroi

PAROI: Calon Kerajaan Perpaduan DUN Paroi, Puan Norwani Ahmat mengemukakan tiga tawaran utama yang akan diselesaikan dahulu sekiranya beliau bergelar ADUN Paroi dalam Pilihan Raya Negeri Ke-15 (PRN-15) pada 12 Ogos ini.

“Fokus utama ialah mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di sekitar DUN Paroi, terutamanya di kawasan Taman Tuanku Jaafar, Taman Bandar Senawang dan Taman Pinggiran Senawang.

“Saya juga akan berusaha untuk menyediakan fasiliti Food Truck yang berpusat di Dataran Cattleya untuk usahawan muda dan penjaja kecil.

“Selain itu saya berhasrat membangunkan infrastruktur dan menaiktaraf kemudahan awam seperti pasar moden, gerai berstruktur, pusat komuniti, sukan dan rekreasi,” kata Norwani.

Jueteru itu, Norwani memohon pengundi keluar beramai-ramai pada hari esok (Sabtu) dan mengundi beliau sebagai calon Pakatan Harapan.

Norwani berkata demikian kepada Negeri Kita selepas menyantuni pengundi di Mydin Mall, Senawang pada Jumaat.

Show More

Related Articles

Back to top button