Berita

Rafie beri sumbangan RM16,500 kepada 33 pelajar SMK Seri Ampangan

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abd Malek telah memberi sumbangan kewangan sejumlah RM16,500 kepada 33 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan.

Mohamad Rafie berkata, sumbangan tersebut merupakan peruntukan daripada Kerajaan Negeri melalui inisiatif Bantuan Anak Negeri.

“Bantuan ini diberikan kepada pelajar yang kurang berkemampuan dan akan menerima RM500 seorang untuk setahun.

“Seramai 1,600 pelajar sekolah menengah di seluruh Negeri Sembilan mendapat manfaat daripada inisiatif ini dengan peruntukan berjumlah RM800,000 untuk tahun ini,” kata Mohamad Rafie di Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan SMK Seri Ampangan.

Mohamad Rafie turut menambah bahawa Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa memberi fokus terhadap pendidikan di negeri ini.

“Walaupun pendidikan merupakan tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha bagi membantu para pelajar mendapat pendidikan yang terbaik dengan mewujudkan pelbagai inisiatif,” kata Mohamad Rafie.

Berikut adalah inisiatif Kerajaan Negeri bagi sektor pendidikan:

1. Biasiswa Anak Negeri (BAN) berjumlah RM800 ribu yang memberi manfaat kepada 1,600 pelajar sekolah menengah.

2. Bantuan Anak Sekolah (BAS) berjumlah RM900 ribu yang memberi manfaat kepada 1,636 pelajar sekolah rendah.

3. Tabung Penyelenggaraan Amanah Sekolah berjumlah RM1 juta yang boleh memberi manfaat kepada 50 buah sekolah.

4. Bantuan Sekolah Tahfiz/Agama/SJKC/SJKT berjumlah RM2 juta.

5. Program ‘Fast Track SPM’ untuk pelajar Lepasan Tahfiz berjumlah RM1 juta.

6. Bantuan ‘One Off’ untuk pelajar kurang kemampuan memasuki IPT:

a. Sijil-RM500

b. Diploma-RM750

c. Sarjana Muda-RM1,000

7. Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan untuk golongan pelajar dari berpendapatan rendah di IPTA berjumlah RM1,800 setahun.

8. Geran Khas TVET berjumlah RM500 ribu memberi manfaat kepada 500 pelajar dengan sumbangan RM1,000 setiap se

Show More

Related Articles

Back to top button