BeritaMenarik

Jalaluddin mahu Wanita UMNO Jelebu tambah kekuatan UMNO Negeri Sembilan

JELEBU: Ketua UMNO Bahagian Jelebu, YB Dato’ Seri Jalaluddin Alias mengajak Wanita UMNO Jelebu dan seluruh jentera parti menguatkan gerak kerja bagi memastikan UMNO Negeri Sembilan terus utuh dan kukuh.

“Saya ingatkan kepada semua yang hadir untuk saling berpaut atas semangat perjuangan parti dalam usaha memmastikan UMNO terus bergerak ke depan sekaligus menguatkan lagi kekuatan parti di Negeri Sembilan.

“Jangan berbalah dan berpecah belah,” kata Jalaluddin di Majlis Hi-Tea Wanita UMNO Bahagian Jelebu di Dewan Kompleks Umno Bahagian Jelebu di Simpang Pertang.

Jalaluddin yang juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, beliau tahu semangat Wanita UMNO Jelebu cukup tinggi.

“Semangat itulah yang harus dikekalkan dan masing-masing perlu terus berpaut kepada semangat berkenaan yang akhirnya akan dapat membantu parti mencapai kegemilangan.

“Pengorbanan dan perjuangan Wanita UMNO Jelebu sejak daripada dahulu hingga ke hari ini tidak pernah luntur berjuang untuk parti bersama dengan yang lain.

“Ayuh kita gerak bersama untuk menambah kekuatan UMNO Negeri Sembilan.

“Kukuhkan permuafakatan, kukuhkan semangat perjuangan,” ujar Jalaluddin yang juga ADUN Pertang.

Dalam pada itu, Jalaluddin turut meraikan lapan veteran Wanita UMNO Jelebu dengan sijil penghargaan dan sumbangan kewangan di atas pengorbanan mereka untuk parti selama ini.

Show More

Related Articles

Back to top button