Berita

Rafie: Pencapaian SPM 2020 Negeri Sembilan lebih baik berbanding SPM 2019

Indeks Gred Purata Negeri (GPN) 4.50 pada tahun 2020 berbanding 4.58 pada tahun 2019

Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020, Negeri Sembilan 

1. Bilangan calon pelajar-pelajar sekolah kerajaan di Negeri Sembilan yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 adalah seramai 14,731 orang dari 116 buah sekolah.

2. Pencapaian keputusan peperiksaan SPM 2020 adalah lebih baik daripada tahun 2019 dengan peningkatan indeks Gred Purata Negeri (GPN) kepada 4.50 pada tahun 2020 berbanding 4.58 pada tahun 2019.

3. Arah aliran (trend) peningkatan pencapaian keputusan peperiksaan SPM di Negeri Sembilan di rekodkan seperti berikut:

Tahun              Indeks GPN
2020                 4.50
2019                 4.58
2018                 4.67
2017                 4.71
2016                 4.79

Nota: Indeks GPN semakin kecil adalah lebih baik yang merupakan peningkatan pencapaian prestasi pepeiksaaan SPM.

4. Keputusan pencapaian calon cemerlang iaitu memperolehi keputusan kesemua mata pelajaran mendapat samada A+ atau A atau A- adalah seramai 358 orang iaitu 3.54% daripada keseluruhan pelajar yang mengambil peperiksaan SPM 2020.

5. Sepuluh orang pelajar telah berjaya mencapai keputusan terbaik dengan pencapaian semua A+ dalam semua mata pelajaran iaitu:

Ong Kang Gene                  SMK KGV                                  9A+

Ng Ji Xuan SMK                 SMK St Paul                            10A+

Nur Alysha Aqilah A          SMS Tuanku Aishah Rohani    9A+

M Nasreen Suhaimi           SMS Tuanku Munawir             9A+

M Ammar Farhan S            SMS Tuanku Munawir             9A+

Adriana Syahmina              Kolej Tunku Kurshiah              9A+

Afrina Zulaikha SA             Kolej Tunku Kurshiah              9A+

Nur Amirah Alya Z.            Kolej Tunku Kurshiah              9A+

Cheok Hong Jun                 SMK Tinggi Port Dickson       10A+

M. Arief Aqeel M.               SMS Rembau                            9A+

6. Prestasi pencapaian calon di bandar dan di luar bandar juga semakin baik dimana jurang perbezaan adalah menurun iaitu penurunan jurang kepada 0.09 (2020) berbanding 0.12 (2019).

7. Kedua-dua prestasi calon di bandar dan luar bandar juga meningkat baik di mana nilai GPN dibandar meningkat 0.06 iaitu 4.47 (2020) dan 4.53 (2019) manakala nilai GPN di luar bandar meningkat 0.09 iaitu 4.56 (2020) dan 4.65 (2019).

NILAI GPN

Tahun    Bandar    Luar Bandar    Jurang
——————————————————————–
2020      4.47          4.56                  0.09
2019      4.53          4.65                  0.12
‐——————————————————————-
Beza      -0.06.       -0.09               -0.03
——————————————————————–

8. Prestasi calon yang layak mendapat pensijilan SPM meningkat iaitu seramai 12,974 orang iaitu 88.1% kelulusan daripada keseluruhan pelajar berjumlah 14,731 orang.

9. Arah aliran (trend) peratus pelajar yang mendapat pensijilan SPM meningkat dari tahun ke tahun iaitu seperti berikut:

2020        88.1%
2019        87.3%
2018        86.3%
2017        84.3%

10. Sepuluh sekolah yang mencapai prestasi terbaik berdasarkan Gred Purata Sekolah adalah seperti berikut:

Kolej Tunku Kurshiah                             1.18

SMS Tuanku Aishah Rohani                  1.39

Kolej Permata Insan                               1.69

SMS Rembau                                           1.76

SM Sains Tuanku Munawir                    1.78

SMK Agama Sheikh Hj Mohd Said        1.82

SM Agama Persekutuan Labu               1.82

SM Sains Tuanku Jaafar                         1.89

SMK Agama Dato Haji Abu Hassan      1.92

SM Datuk Abdul Razak                           2.03

Saya ingin merakamkan tahniah kepada semua pelajar, ibu-bapa/penjaga, warga pendidik, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan atas pencapaian yang semakin membanggakan dengan peningkatan prestasi berbanding daripada tahun-tahun sebelum ini.

YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek,
Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan,

Show More

Related Articles

Back to top button