ADUNAktiviti

Rafie rai pelajar cemerlang SPM DUN Ampangan

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek meraikan tujuh pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) DUN Ampangan.

Mohamad Rafie berkata, tujuh orang pelajar tersebut mendapat semua A dalam subjek yang diambil.

“Ilmu adalah asas untuk kejayaan didalam kehidupan.

“Negara memerlukan rakyat yang berilmu bagi bersaing di peringkat global.

“Kecemerlangan ilmu akan menyerlahkan kemuliaan peribadi.

“Saya juga berbangga dengan kejayaan yang mereka perolehi.

“Saya juga mengharapkan mereka akan memberi sumbangan kepada pembangunan masyarakat dan negara,” kata Mohamad Rafie yang juga merupakan Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan.

Show More

Related Articles

Back to top button