Berita

Rahman sumbang RM3,500 kepada GPW Felda Serting Hilir

SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abd Rahman Ramli telah memberikan sumbangan RM3,500 kepada tujuh Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Serting Hilir 1 hingga 7.

“Saya menyerahkan RM500 kepada setiap tujuh GPW.

“Saya berharap agar sumbangan ini dapat membantu GPW untuk menganjurkan aktiviti kemasyarakatan di kawasan masing-masing,” kata Abd Rahman.

Terlebih dahulu Abd Rahman menyempurnakan Majlis Nuzul Al-Quran dan Katam Al-Quran di Masjid Felda Serting Hilir Kompleks yang dianjurkan oleh GPW.

Seramai 130 wanita terlibat dan mengambil bahagian dalam program ini.

Show More

Related Articles

Back to top button