Berita

Loke sumbang RM108,000 kepada masjid dan surau

SEREMBAN: Ahli Parlimen Seremban, YB Anthony Loke Siew Fook telah memberi sumbangan kewangan berjumlah RM108,000 kepada masjid dan surau di Parlimen Seremban.

Loke berkata, sebanyak 15 masjid dan 78 surau di dalam Parlimen Seremban menerima sumbangan tersebut.

“Peruntukan bagi setiap masjid ialah RM2,000 dan surau pula sebanyak RM1,000.

“Inisiatif ini diambil adalah untuk untuk merapatkan silaturrahim di antara Ahli Parlimen dengan pemimpin masyarakat di seluruh kawasan Parlimen Seremban.

“Saya berharap peruntukan ini dapat membantu ahli jawatankuasa masjid dan surau menjalankan aktiviti dalam usaha mengimarahkan masjid dan surau di bulan Ramadhan ini,” kata Loke.

Loke menyampaikan sumbangan tersebut di Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Ramadhan di Dewan Orang Ramai Gedong Lalang 50, Ampangan.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Abdul Malek.

Show More

Related Articles

Back to top button