Berita

Undang Luak Johol terima Kunjungan Mengadap Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan

JOHOL: Lembaga Muzium Negeri Sembilan telah mengadakan satu sesi Kunjungan Mengadap Undang Luak Johol, Ke Bawah Kaus YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Muhammed Abdullah di Balai Undang Luak Johol.

Kunjungan Mengadap ini adalah bertujuan bagi sembah maklum pelantikan pengarah baharu Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan undangan Ke Bawah Kaus YTM Undang Luak Johol ke program Perpatih Fest tahun 2025 yang akan diadakan pada 10, 11 dan 12 Oktober 2025 bertempat di Perkarangan Muzium Negeri Sembilan.

Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Aziz Mohd Gorip berkata, selain itu turut diadakan perbincangan pengisian program dan aktiviti memperkasakan Adat Perpatih bagi tahun 2026 bagi Luak Johol.

Turut hadir, YM Dato’ Raja Balang, Hamzah Limin; YM Ibu Waris Gemencheh, Mariam Mohd Yatim serta kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button