BeritaMenarik

Rajasekaran beri bantuan kecemasan kepada mangsa kemalangan

SRI TANJUNG: Pengalaman sebagai seorang doktor perubatan sebelum menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, membantu YB Dr.G.Rajasekaran memberikan rawatan kecemasan kepada seorang mangsa kemalangan.

“Saya dalam perjalanan ke Seremban 2 untuk satu tugasan rasmi.

“Saya melihat seorang penunggang motosikal terlibat dengan kemalangan berdekatan selekoh Klinik Kesihatan Seremban 2.

“Melihat mangsa mengalami kecederaan, saya tanpa berlengah memberikan rawatan kecemasan (First Aid) serta membantu mangsa menaiki Van Persiaran Jaya Berjaya Travel ke Klinik Kesihatan Seremban 2 yang berdekatan.

“Terima kasih kepada pemandu Van Persiaran Jaya Berjaya Travel kerana sudi membantu mangsa kemalangan ini,” kata Rajasekaran.

Dalam pada itu, Rajasekaran menasihatkan penunggang motosikal agar berhati-hati dan tidak menggunakan telefon bimbit ketika menunggang motosikal sehingga boleh membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

Show More

Related Articles

Back to top button