SIKAMAT: Sebanyak 400 keluarga kurang berkemampuan dari DUN Sikamat telah menerima baucar membeli belah daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun sempena sambutan Ramadhan.
“Menyedari bahawa ramai yang terbeban dengan kos sara hidup, Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat telah mengagihkan baucar membeli belah sempena Ramadan kepada penduduk DUN Sikamat yang kurang berkemampuan.
“Setiap keluarga menerima baucar Mydin berjumlah RM200.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban serta memeriahkan sambutan Ramadhan para penerima,” kata Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.