BeritaMenarikProgram

Ramai yang berebut nak jadi bilal, dulu orang tak peduli

Anak-anak muda pun mohon nak jadi bilal

RAMADHAN: Sejak Kerajaan Negeri Sembilan menaikkan elaun bilal daripada RM200 kepada RM500 sebulan, semakin ramai orang yang memohon untuk menjadi bilal.

Encik Zainuddin Hambari, 71, yang berkhidmat sebagai bilal selama 30 tahun di Masjid Taman Rasa Sayang berkata, pada mulanya beliau menjadi bilal, elaun yang diterima hanya sebanyak RM150 sebulan.

“Namun, setelah YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan, beliau telah menambah elaun bilal menjadi RM500 sebulan.

“Apabila elaun bilal dinaikkan, ramai yang berebut nak jadi bilal.

“Anak-anak muda pun nak berebut nak jadi bilal, tidak seperti dahulu tidak ada yang peduli.

“Terima kasih kepada Menteri Besar kerana menaikkan elaun.

“Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAINS) dan pihak masjid yang menghargai pengorbanan kami,” kata Zainuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button