Berita
Razali santuni penduduk Kampung Dioh
SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul latif telah menyantuni penduduk di Kampung Dioh.
Mohd Razali berkata, aktiviti tersebut dilakukan bagi mengeratkan hubungan silaturahim di samping mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan.
“Saya juga turut memberikan sumbangan barangan asas dan lampin pakai buang kepada yang memerlukan.
“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat meringankan beban mereka,” kata Mohd Razali.