Berita
Razali santuni penduduk Kampung Tanjung Pauh
SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abd Latif telah turun padang bagi menyantuni penduduk di sekitar Kampung Tanjung Pauh.
Mohd Razali berkata, aktiviti tersebut bagi menyantuni mereka yang memerlukan bantuan.
“Saya telah memberikan sumbangan seperti lampin pakai buang dan susu bagi meringankan beban perbelanjaan mereka.
“Semoga sumbangan yang diberikan dapat digunakan sebaiknya,” kata Mohd Razali.