Menarik

Rebin prihatin keselesaan murid Sekolah Agama Rakyat Felda Palong 9, 10 dan 11

PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham telah turun padang bagi meninjau kemudahan dan keadaan pembelajaran di Sekolah Agama Rakyat Felda Palong 9, 10 dan 11.

Rebin berkata, beliau dimaklumkan oleh guru berkenaan bahawa keadaan sekolah tersebut yang sudah berusia dan kemudahan yang sangat terhad.

“Saya terkesima apabila melihat murid di sini belajar dengan hanya beralaskan tikar kerana kekurangan meja dan kerusi.

“Tindakan bagi mengatasi masalah sekolah ini telah diambil.

“Saya telah mengajukan permohonan kepada pihak berkaitan agar murid di sekolah ini dapat belajar dalam keadaan yang selesa,” kata Rebin.

Show More

Related Articles

Back to top button