Berita
Rebin sumbang RM20,000 kepada Masjid Felda Palong 7
PALONG: Penyelaras DUN Palong, Tuan Rebin Birham menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Masjid Al-Amilin, Felda Palong 7.
Rebin berkata, sumbangan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun ini bagi tujuan pemasangan pendingin hawa di masjid tersebut.
“Saya bagi pihak Masjid Al-Amilin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas keprihatinan terhadap keperluan masjid ini,” kata Rebin.