Berita

Restoren McDonald’s kini dibuka di Tampin

TAMPIN: Restoren makanan segera McDonalds telah membuka satu lagi cawangannya di Bandar Tampin.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pembangunan McDonald’s Tampin dibuat di atas tapak tanah rizab SUK Negeri Sembilan yang dahulunya merupakan Rumah Rehat Tampin yang tidak beroperasi sejak sekian lama.

“Pembangunan semula tapak restoran ini adalah melalui inisiatif pajakan tanah rizab.

“Uniknya, restoran ini menampilkan binaan bumbung panjang yang diinspirasikan daripada rumah tradisional Negeri Sembilan,” ujar beliau.

Dalam majlis sama, syarikat McDonald’s turut menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM180,000 kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk diagihkan kepada golongan asnaf.

“Saya turut merasmikan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald yang serba lengkap dengan perabot bilik terapi multi sensori yang canggih untuk digunakan oleh kanak-kanak berkeperluan khas di McDonald’s Tampin.

“Untuk makluman, ini adalah bilik sensori pertama McDonald’s di Negeri Sembilan.

“Besarlah harapan saya agar fasiliti ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh keluarga kanak-kanak istimewa terutamanya dari Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Restoran makanan segera McDonald’s sememangnya bukan sesuatu yang asing dalam masyarakat Malaysia.
Restoran ini telah berkembang pesat di Negeri Sembilan dan mula membukanya di lokasi-lokasi baharu seperti di Kuala Pilah Bahau dan juga Tampin.

Restoran McDonald’s Pandu Lalu di Tampin, merupakan restoran ke-12 syarikat tersebut di Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button