Aktiviti

Brothers FC juara Kejohanan Bolasepak Piala YB Veerapan

REPAH: Brothers FC muncul sebagai Johan Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah Piala YB Veerapan dengan memenangi hadiah wang tunai RM2,000, piala serta trofi bagi setiap pemain.

MDT FC (Naib johan) memenangi hadiah wang tunai RM1,000, piala dan trofi bagi setiap pasukan.

ADUN Repah, YB Veerapan Superamaniam berkata, objektif penganjuran kejohanan ini adalah bagi memupuk semangat kesukanan di kalangan anak muda selain menjalin dan mengeratkan silaturrahim antara pemimpin setempat dan anak muda.

“Kalah dan menang adalah adat permainan. Tahniah diucapkan kepada semua 22 pasukan dari Repah, Gemas dan Gemencheh yang bertanding di kejohanan kali ini,” ujar Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button