Berita

RM3.18 juta tunggakan PPR Lobak dan Paroi

SEREMBAN: Sebanyak RM3.18 juta tunggakan yang dicatatkan bagi Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lobak dan Paroi.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan J. Arul Kumar berkata, PPR Lobak mencatatkan tunggakan sebanyak RM1.8 juta manakala, PPR Paroi sebanyak RM1.38 juta.

“Walaupun sewa bulanan maksimum adalah sebanyak RM150 sahaja masih ramai yang liat dan sambil lewa untuk membayarnya sedangkan mereka berkemampuan.

“Terdapat juga pemilik yang mempunyai tunggakan sehingga ribuan ringgit tetapi mempunyai mentaliti bila tinggal rumah kerajaan, ianya adalah percuma dan tiada tindakan akan diambil.

“Tetapi, mereka sedar pula jika tidak membayar pinjaman bank, rumah akan disita dan dilelong.

“Sebelum itu kita telah buat cara berhemah dengan memberi notis, potong bekalan air, elektrik sehinggalah terbaru terpaksa buka pintu.

“Kita bukanlah buat secara melulu, kita sudah beri mereka masa.

“Tindakan yang diambil itu adalah langkah untuk memberi kesedaran mengenai kepentingan membayar sewa memandangkan kos pengurusan dan penyelenggaraan PPR setiap tahun berjumlah RM3 juta hingga RM4 juta,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button