Berita
RM425,000 diagihkan kepada mangsa banjir Gemas
GEMAS: Sebanyak 425 keluarga mangsa terjejas banjir menerima sumbangan kewangan daripada Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman.
“Saya telah menyerahkan RM1,000 kepada ketua keluarga terjejas banjir di DUN Gemas.
“Semoga sumbangan ini meringankan beban mangsa banjir. Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di atas sumbangan ini,” kata Siti Aishah.
Sementara itu penerima sumbangan turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di atas bantuan kewangan ini.