Rumah Terbuka Deepavali DUN Nilai dihadiri 3,000 orang
NILAI: Rumah Terbuka Deepavali DUN Nilai mendapat sambutan daripada penduduk setempat dengan kehadiran lebih 3,000 orang ramai.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar berkata, beliau percaya bahawa sambutan perayaan seperti ini dapat menyatupadukan rakyat walaupun mempunyai pelbagai perbezaan budaya dan adat.
“Kepelbagaian inilah keunikan dan kekuatan kita yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang.
“Sejak saya dipilih sebagai ADUN Nilai dan YB Anthony Loke Siew Fook sebagai Ahli Parlimen Seremban sejak 2013 hingga sekarang, salah satu program yang wajoib dilaksanakan setiap tahun adalah sambutan perayaan termasuk sambutan Hari Raya, Tahun Baru Cina dan Deepavali,” kata Arul Kumar.
Sambutan Deepavali turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal tempatan Darkkey dan Elan The Keys.