Rumah Terbuka Deepavali Negeri Sembilan terima sambutan menggalakkan
PORT DICKSON: Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Sembilan menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada segenap lapisan masyarakat.
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir serta Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, turut berangkat mencemar duli ke majlis tersebut.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, majlis rumah terbuka tersebut berjaya menyemai semangat hormat-menghormati antara budaya di samping memeriahkan sambutan Hari Deepavali.
“Saya juga turut beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.
“Semoga rakyat Negeri Sembilan terus kekal muafakat seperti cogan kata Kerajaan Negeri ‘Bersih, Muafakat, Sejahtera’,” kata Aminuddin.
Turut hadir, Penyandang Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Foto:Nabil Syafik