Berita

KRT Taman Perdana College Height Pajam terima sumbangan kewangan dari Arul

NILAI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar telah memberi sumbangan kewangan kepada KRT Taman Perdana College Height Pajam.

Arul Kumar berkata, sumbangan tersebut bagi membantu pihak KRT untuk melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di kawasan tersebut.

“Dalam pada itu, saya juga turut mendengar beberapa permasalahan di kawasan perumahan tersebut.

“Dalam masa terdekat saya akan cuba selesaikan aduan-aduan tersebut, supaya dapat memberikan keselesaan kepada penduduk di sini,” kata Arul Kumar.

Show More

Related Articles

Back to top button