Berita

Rusli santuni masyarakat Cina Pasir Panjang

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah turun padang di Dewan Tokong Pasir Panjang bagi menyantuni masyarakat Cina di kawasan tersebut.

Rusli berkata, pelbagai isu, aduan, dan saranan diajukan kepada beliau.

“Segala cadangan dan permasalahan yang diutarakan akan diselesaikan dalam masa terdekat.

“Saya juga turut menerangkan kepada mereka insentif yang disediakan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk mereka.

“Pertemuan tersebut memberi kesan yang amat baik kepada semua pihak,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button