Berita

Rusli santuni penduduk Rumah Rakyat Linggi

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah turun padang bagi menyantuni penduduk di rumah Rakyat Linggi.

Rusli berkata, aktiviti tersebut dilakukan bagi mendengar permasalahan yang mereka alami.

“Terdapat beberapa perkara yang dibangkitkan seperti harga barangan yang mahal.

“Walaubagaimanapun saya telah menerangkan kepada mereka bahawa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sedang berusaha sebaik mungkin bagi mengatasi isu tersebut.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, Jualan Harga Ladang telah dilakukan bagi membantu rakyat membeli barangan dengan harga lebih murah.

“Saya juga akan mengumumkan tempat dan tarikh bagi Program Jualan Harga Ladang tidak lama lagi,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button