Berita

128 pengurusan rumah pangsa kos rendah dapat bantuan RM896,000

SEREMBAN: Sebanyak 128 Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) rumah pangsa kos rendah menerima bantuan kewangan daripada Kerajaan Negeri Sembilan berjumlah RM896,000.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri sentiasa mendengar keluh kesah rakyat berkenaan ketidakmampuan pihak JMB (Joint Management Body) atau MC (Management Corporation) menjana pendapatan melalui kutipan caj perkhidmatan di kediaman strata.

“Pemberian inisiatif ini adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri dalam meningkatkan taraf hidup penghuni skim strata kos rendah dan kos sederhana rendah melalui peningkatan kualiti dan kesejahteraan hidup.

“Ini boleh dicapai menerusi penggalakkan program berkaitan kebersihan, keselamatan, kemasyarakatan serta kesedaran penghuni yang membentuk komuniti yang kondusif, lestari dan berdaya saing menggunakan geran yang disalurkan.

“Setiap badan pengurusan akan menerima RM7,000 secara one-off dan melibatkan 128 skim strata kos rendah dan skim strata kos sederhana rendah di seluruh Negeri Sembilan,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button