Aktiviti

Rusli sumbang bantuan kerusi roda kepada warga emas uzur

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyumbang sebuah kerusi roda kepada Puan Sapiah Sindin, 83, dari Kampung Tanjung Agas yang menghidapi sakit tua dan kurang upaya untuk bergerak.

“Kerusi roda diserahkan kepada beliau untuk memudahkan urusan hariannya,” kata Rusli.

“Saya juga menyampaikan sumbangan tongkat empat kaki kepada Puan Ani Sahar, 43, yang mengalami sakit kaki sehingga menyebabkan beliau sukar bergerak.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga dan saya mendoakan kesejahteraan mereka,” kata Rusli.

Rusli turut diiringi oleh Pengerusi MPKK kawasan masing-masing bagi menyantuni penduduk dan menyerahkan sumbangan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button