Menarik

Nasir sumbang RM2,000 kepada Sekolah Menengah Agama Telok Kemang

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman telah menyampaikan sumbangan kewangan RM2,000 kepada Sekolah Menengah Agama Telok Kemang (SMATKEM).

“Saya menyerahkan sumbangan kewangan ini bagi pihak sekolah menjayakan program hafiz dan hafizah sempena Ramadhan tahun ini.

“Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada hafiz dan hafizah di dalam DUN ini,” kata Nasir.

Sumbangan diterima oleh Pengetua SMATKEM, Ustaz Nazaruddin.

Show More

Related Articles

Back to top button