Menarik

Sambutan Hari Kebangsaan DUN Seremban Jaya meriah

SEREMBAN JAYA: Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga Fasa 7, Taman Seremban Jaya telah menganjurkan Sambutan Ambang Merdeka sempena Hari Kebangsaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren diwakili Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali telah menghadiri sambutan ini.

“Pelbagai aktiviti diadakan seperti pertandingan mewarna, menyanyi dan cabutan bertuah sebelum acara kemuncak pertunjukan bunga api.

“Tahniah dan syabas kepada Pengerusi KRT Fasa 7, Encik Raja Khairi kerana berjaya menganjurkan program merdeka dan mendapat sambutan yang menggalakkan,” kata Jamilah.

Show More

Related Articles

Back to top button