BeritaProgram

Selamat Hari Bapa: Ayahku, Inspirasiku

SEREMBAN: Sambutan Hari Bapa pada tahun ini tentunya diraikan dalam suasana berbeza, berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang sedang berkuatkuasa dalam usaha kita membendung peningkatan kes jangkitan Covid-19.

Bapa berperanan sebagai ketua keluarga dan ‘hero’ dalam melindungi keluarga daripada pelbagai ancaman termasuk virus Covid-19 maut ini.

Saya ingin menyeru para bapa yang berperanan sebagai ketua keluarga, harus meneliti serta menasihatkan ahli keluarga agar mereka sentiasa menuruti SOP yang telah ditetapkan, dan juga perlu berbincang dengan ahli keluarga supaya mereka sentiasa sihat dari segi mental serta fizikal.

Saya juga mendoakan para bapa dengan hati yang tabah untuk berhadapan dengan ancaman pandemik Covid-19, terutamanya yang kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan, akan pulih seperti sedia kala dengan kadar yang segera, khasnya memberanikan diri serta menggalakkan semua ahli keluarga yang layak untuk menerima vaksinasi secepat mungkin.

Sebagai golongan bapa marilah kita berganding bahu, bersama-sama memutuskan rantaian penularan Covid-19.

Anda semua bapa yang hebat. Selamat Hari Bapa, Ayahku, Inspirasiku.

Selamat Hari Bapa kepada seluruh kaum bapa di Malaysia.

Terima kasih

YB Veerapan Superamaniam
Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan,
ADUN Repah,
Ahli Jawatankuasa DAP Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button