Berita

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru saya ucapkan kepada semua pendidik di seluruh negeri

Sambutan ini bukan sahaja sebagai pengiktirafan kepada semua pendidik, malahan sebagai dorongan kepada semua warga pendidik untuk terus memperjuangkan dan meningkatkan kualiti dalam mendidik pelajar.

Sungguh, jasa guru adalah sangat besar dan tidak dapat diungkap dengan kata-kata.

Tema hari guru kebangsaan pada tahun ini adalah Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA.

Akronim SEJAHTERA menggabungkan 14 elemen nilai-nilai murni iaitu:

S bermaksud selamat, seronok dan sihat; E bermaksud etika dan empati; J bermaksud jati diri; A bermaksud adab sopan; H bermaksud harmoni; T bermaksud tekun, teliti, dan terampil; E bermaksud eksploras; R bermaksud rasional dan A bermaksud artikulasi.

Besarlah harapan saya agar para guru dapat terus menjiwai serta menerapkan nilai-nilai murni ini dalam diri dan seterusnya kepada anak murid, Insya Allah.

Salam Negeri Sembilan Bersih, Muafakat, Sejahtera.

YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun

Menteri Besar Negeri Sembilan,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat,
Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan,
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KeADILan Negeri Sembilan.

17 Mei 2022

Show More

Related Articles

Back to top button