Berita

AMINUDDIN: Terima kasih anggota KeADILan yang mengundi fizikal

Terima kasih saya ucapkan kepada semua anggota KeADILan Negeri Sembilan yang menjalankan tanggungjawab mengundi secara fizikal pada hari ini.

Berdasarkan maklumat daripada laman web pemilihankeadilan2022.com, seramai 4,341 anggota KeADILan seluruh Negeri Sembilan telah menunaikan tanggungjawab mengundi.

Mewakili Majlis Pimpinan Negeri KeADILan Negeri Sembilan, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli yang keluar menunaikan hak mereka untuk memilih pucuk pimpinan parti melalui undian fizikal.

Pemilihan akan diteruskan dengan pengundian atas talian melalui aplikasi ADIL bermula 18 hingga 20 Mei 2022.

Besarlah harapan saya agar semua anggota KEADILAN dapat menunaikan hak mereka dengan mengundi melalui aplikasi tersebut, Insya-Allah.

YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun,
Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KeADILan Negeri Sembilan.
17 Mei 2022

Show More

Related Articles

Back to top button