Berita

SEREMBAN JAYA: Jalan rosak di belakang deretan kedai akan dibaiki segera

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren bersama Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali telah meninjau aduan jalan rosak dan berlubang di belakang deretan kedai di Taman Seremban Jaya.

Gunasekaren berkata, keadaan jalan yang rosak dan berlubang ini sangat berbahaya kepada pengguna jalan di Taman Seremban Jaya.

“Selain itu, longkang berhampiran jalan tersebut juga dipenuhi dengan sampah sarap yang menyebabkan air bertakung.

“Aduan telah dipanjangkan kepada pihak Jabatan Kejuruteraan Majlis Bandaraya Seremban untuk kerja-kerja pembaikan dengan kadar segera,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button