Berita

SERI MENANTI: 125 keluarga terkesan dengan PKP 3.0 terima Bantuan Khas Covid-19

SERI MENANTI: Penyelaras DUN Seri Menanti, Tuan Shahran Kaat mengagihkan bantuan barangan keperluan asas kepada 125 keluarga yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0).

“Alhamdulillah, sejak dua hari lepas, kita telah mengagihkan sebanyak 125 set barangan keperluan asas kepada keluarga yang terkesan di DUN Seri Menanti.

“Sebahagian besar yang menerima bantuan ini adalah mereka yang terjejas pendapatan akibat PKP 3.0 dan sebahagian lagi yang dikuarantin kerana positif Covid-19.

“125 keluarga ini dari Kampung Gamin, Kampung Kuala Parit, Kampung Mertang, Kampung Sikai, Kampung Tengah, Kampung Langkap, Kampung Merual, Taman Pemarak, Kampung Talang Ulu dan Kampung Bukit Lintang.

“Terima Kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang dipimpin oleh YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas sumbangan Bantuan Khas Covid-19 ini,” kata Shahran.

Show More

Related Articles

Back to top button