Seribu keluarga terjejas pendapatan akibat PKP 3.0 terima baucer RM100
GEMENCHEH: Sebanyak 1,000 keluarga terjejas pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP 3.0) di DUN Gemencheh, menerima baucer bernilai RM100 dari Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.
“Sepanjang bulan Julai ini, sebanyak 1,000 keluarga yang terjejas pendapatan akibat PKP.3.0 akan menerima baucer perbelanjaan bernilai RM100 secara berperingkat yang mula diedarkan sejak 1 Julai.
“Baucer ini hanya boleh diguna pakai di kedai-kedai yang telah dilantik oleh Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh.
“Baucer boleh digunakan untuk membeli samada barang keperluan dapur atau barangan basah,” kata Abdul Latif.
Peruntukan ini merupakan inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi membantu masyarakat yang terjejas akibat PKP3.0.
Pada 2 Jun lalu, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan sebanyak 50,000 keluarga yang terkesan dengan pandemik Covid-19; akan menerima bantuan makanan dalam bentuk baucer atau barangan keperluan dapur seperti beras, minyak, gula dan susu.
50,000 keluarga ini akan menerima bantuan barangan makanan bernilai RM100 setiap keluarga dan ini membabitkan peruntukan sebanyak RM5 juta.