BeritaMenarik

Sistem Monorail di Bandar Seremban?

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sebarang cadangan pembinaan sistem Monorail di bandar Seremban memerlukan kajian kebolehlaksanaan projek yang teliti dan terperinci.

“Selain itu, impak serta sumber dan kos pelaksanaan perlu dimuktamadkan sebelum ianya dapat dilaksanakan.

“Buat masa ini tidak ada sebarang cadangan diterima untuk membina Internal Monorail di pusat bandar Seremban,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, YB Ng Chin Tsai di Persidangan Kelima Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 pada Isnin.

Show More

Related Articles

Back to top button